Hadiah Yang Tak Ternilai

 Saat yang paling indah dalam hidup sis sepanjang tahun 2020 ialah tak lain tak bukan bila satu²nya putri comel hadir dalam keluarga kecil kami dengan penuh kejutan.. 


Sejak tau sis pregnant,  sis mengharapkan baby girl memandangkan kami dah ada 3 hero yang super aktif,  sudah tentu kami mengharapkan gegel pula kali ni... Tapi bila check up dan scan, ternyata boboi... Sis and Mr. Husband pasrah dan menerima dengan hati yang terbuka..  Bagi kami apa yang penting baby sihat dan dilahirkan dengan cukup sifat, tu dah memadai.. 


Tapi ternyata rencana Tuhan tu lebih indah,  seindah pelangi yang terbit selepas hujan.. Siapa sangka bila baby selamat dilahirkan, ianya adalah baby girl dalam keadaan sihat serta cukup sifatnya..  Syukur yang teramat sangat ketika itu.. 


Suatu berkat yang tak terhingga buat kami sekeluarga...  Syukur,  abang²nya juga sangat menyayanginya... Syaqela nama diberi yang membawa erti 'berharga'... Semoga ianya membesar dengan sihat, hormat pada orang tua,  serta berjaya dalam hidupnya kelak.. Doakan yang baik² untuknya ye ✌... 




Mummy, daddy and ur brothers ❤ u so much 😘😘😘


0 ulasan